Followers

Friday, April 13, 2018

Hari pertama sekolah 2018


Macam sibuk sangat pulak kan. Nak update blog pun tak sempat. Betullah orang kata, hendak menulis ini bukan senang. Perlukan MOOD yang baik. Teringat kisah thesis writing aku tahun lepas. Harap maklum yang antara penyebab delay ya amat thesis aku ialah sebab write up lah. Bila semua material sudah ada , MOOD hilang. Makanya bertangguh dan bertangguh lagi.
Tapi penyebab aku siap juga akhirnya ialah pertama dengan izin DARINYA juga. Syukur. Sebenarnya banyak dugaan halangan untuk siapkan menulis thesis aku. Bukan sekadar MOOD sahaja. Yang melalui nya sahaja, tahu perit jerih untuk bergelar pelajar separuh masa.

Picture pertama di atas ialah anak nombor 3 aku, Haqeem. Sudah masuk darjah 1, sama sekolah dengan abang kakaknya. Kalau tengok saiz badan, Haqeem nampak lebih besar, tinggi dari kawan-kawan kelasnya. Infact, Haqeem memang tinggi dari kakaknya yang darjah 2. Belajar rajin-rajin ya Haqeem, mama doakan Haqeem berjaya di dunia dan juga di akhirat, ameen.


Ini pula picture Haziq dengan kawan baik amat dia, Rayyan. Haziq berkawan dengan Rayyan since Haziq masuk darjah 3 dulu. Sebelum itu Haziq bersekolah di sekolah lain. Alhamdulilah, walaupun naik kelas lain, mereka berdua tetap dapat bersama. Rezeki derang. Bapak Rayyan ini ialah producer dan emaknya ialah wartawan. Depa dua orang ini kalau bercakap asyik cakap omputih jea. Sup sap sup sap.

Haziq dan Haqeem bersekolah sesi pagi. Haifa pula sesi petang. Sekolah ini lain sikit, sebab sesi pagi ialah untuk darjah 1, 4, 5 & 6. Yang darjah 2 & 3 pula ialah sesi petang. Waktu sesi persekolahan untuk sekolah Kuala Lumpur dengan sekolah Selangor juga tidak sama. Dulu Haziq sekolah di Bandar Kinrara, Selangor lah. Sekarang ini sekolah di jajahan Kuala Lumpur.

Kecian derang bertanya-tanya juga dengan aku dan hubby, kenapa sekolah derang tiada padang sendiri. Itulah, macam pelik pulak sekolah tiada padang. Ialah aku dulu sekolah kg sahaja, padang merata-rata. So kalau ada sukan tahunan memang sekolah ini terpaksa pergi padang di tempat lain. Tahun ini hari tu sukan di buat di padang UPNM.


Friday, April 6, 2018

Prison Break (2017) aku tonton malam tadi

Ya Ampun malam tadi dapat tengok drama Prison Break yang terbaru. Feeling sangat berdebar-debar. Aku memang fan amat sangat dengan drama ini. Mula-mula masa drama CSI sudah habis malam tadi tu, aku memang rasa macam tak nak continue untuk tengok Prison Break, episod 1.
Aku memang macam tu, over sangat. Haha..Rasa seram sejuk, kecut perut semualah.
Last nya aku tengok juga. Jantung macam laju sikit sepanjang tayangan. Excited punya pasal. Hahaha....

Kisah malam tadi. Lincorn gali kubur Michael yang di dalam kubur hanya ada pakaian sahaja tanpa tulang, lepas T-Bag dapat surat yang berisi picture Michael di penjara di Yaman. Lincorn dan Omar kawan masa di penjara pergi ke Yaman. Dan memang ada Michael di penjara tapinya Michael menggunakan nama lain iaitu Oitis. Oitis ini ialah pengganas di Yaman. Tapi lepas Michael tidak mengaku pada Lincorn yang dia ialah adiknya, Michael memejamkan mata tanda ada relief yang dia akhirnya dapat berjumpa Lincorn setelah 7 tahun lamanya terpisah.

Resurrection: Prison Break (2017)
Resurrection: Prison Break (2017)

Buku rekod kesihatan Haqeem

Alhamdulilah. Syukur pada Allah. Banyak sungguh rezeki Allah bagi pada aku dan keluarga pada tahun 2018 ni.

Kisah malam tadi Ustazah kelas Haqeem hantar wa beritahu untuk signs surat kebenaran untuk suntikan imunisasi nanti di sekolah. Okey, surat kebenaran aku sudah isi dan signs malam tadi.
Kisahnya bila periksa simpanan buku-buku rekod kesihatan anak. Tetiba buku Haqeem tiada. Masa itu sudah lewat malam sangat. Aku dan hubby pun sudah penat sangat. So tidaklah mencari di tempat lain pun.
Hari ini tadi, hubby wa. Sudah jumpa buku rekod kesihatan Haqeem. Syukur sangat. Sebab aku sudah wa ustazah pagi-pagi lagi beritahu yang buku Haqeem hilang.
Procedure kalau buku rekod ini hilang ialah perlu buat surat, bawa ke klinik tempat imunisasi dulu dan perlu sahkan yang semua suntikkan telah di buat. Allahu. Aku pening kejap. Fikir klinik mana aku bawa Haqeem dulu, klinik Seri Kembangan atau Klinik Pandan Indah? Masa tengah serabut ini, hubby wa pic buku. Allhuakbar, alhamdulilah. Selesai satu masalah.
Lupa beritahu. Haqeem sekarang berada di Tahun 1, SK Bukit Jalil.

Form untuk parent isi. 
Dan buku rekod Haqeem yang selamat di jumpai.

Pagi tadi sempat sarapan oat sahaja. Maklumlah sampai office sudah cecah 8.45am. Jam 9am ada kelas. Yang penting ada alas perut kan. Semester March 18 baru bermula minggu ini. Hari kelas subject Construction of Large Management untuk student BTCM. Subject elective untuk BTCM. Maknanya students aku ini ialah pelajar tahun akhir. Kelas satu lagi ialah subject Traffic and Highway Eng. Ini ialah subject untuk students DCE. Perkara menarik kalau mengajar pelajar tahun akhir ialah, mereka sangat menumpu perhatian ketika di dalam kelas. Serius sangat. Risau juga aku, sebab aku ini jenis buat lawak juga orangnya. Haha..

Kongsi picture kami pada December 2017. 
Hubby tengah makan durian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails