Followers

Wednesday, November 26, 2014

Alhamdulilah, Haziq perform well dalam exam dan NKRA (semak slip exam anak secara online)

Alhamdulilah, syukur pada ALLAH atas keputusan periksa Haziq yang baik pada exam akhir tahun 2014.
Haziq memang seorang anak yang baik. Rajin sangat kalau di suruh pergi tuition, swimming kelas, extra tuition. Memang tidak suka ponteng sekolah. Tapi sebab kekangan waktu saya dan HC, banyak juga hari yang Haziq tidak pergi kesekolah. Sedihkan. Sebab HC yang hantar dan ambil Haziq dari sekolah.

Saya melihat Haziq memang copy paste cara kaklang. Seorang yang sangat rajin, mendengar kata dan berani mencuba.
Hasilnya kaklang masuk boarding school dan fly ke US untuk study degree dulu.
Moga Haziq ikut jejak langkah kaklang, ameen.

Haziq dulu bersekolah di tadika kemas semasa umur 5 & 6 tahun. Sebab saya percaya sekolah kerajaan tetap yang terbaik.

Pendapat saya, budak lelaki katanya kurang perform masa darjah rendah. Kiranya lambat start enjin. Tapinya lain pula di sekolah Haziq ramai lelaki yang dapat nombor 1,2 & 3.
Mungkin waktu sudah berubah.

Sekolah Haziq ini ada 8 kelas untuk darjah 1. Haziq adalah dalam kelas ke 6. InshaALLAH, kalau ikut cakap cikgu kelas Haziq, tahun 2 nanti Haziq akan lompat ke kelas no 3 dengan keputusan yang Haziq yang baik.

Haziq dengan cikgu kelas 1 Nilam 



Serius saya menangis bila baca komen cikgu kelas Haziq. 
Sangat terharu.

Cek result online. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails