Followers

Thursday, May 15, 2014

Visiting students dan OUM 3rd semester.

Assalamualaikum.

Saya baru mula bekerja hari ini.
Phuhhuhh.
Activity hari Jumaat di mulakan dengan breakfast KFC. Cadangan pagi itu hendak makan pagi di mana-mana sempat. Layan roti canai ke. Nasi Lemak sambal kerang ke. Namun perancangan parent yang ada anak-anak kecil ini memang selalunya tidak boleh di pakai sangat. Huhu.
Emak bapak sudah bangun awal. Tapinya kerenah yang umur 1 tahun, 3 tahun (on August 2014) dan 4 tahun memang unpredictable.
Lepas seorang-seorang lagi yang sudah cantik lepas mandi, tapi perlu cuci lagi sebab be*ak. Paling last sekali ialah Hafiy, kami sudah masuk dalam kereta. Sudahnya pergi cuci di toilet sebelah swimming pool.
Pagi itu, kami sampai di Seremban 2 dekat jam 10 pagi. Terus beli KFC, makan dalam kereta. Masa saya visit student IT di consultant di situ. HC bawa anak-anak pergi tengok MYDIN MALL. Memang dekat situ juga. Wow very the big.
Settle semua terus balik kg.

Huhu, 1st time saya pergi Rembau pada petang Jumaat lepas. 1st time juga lalu Bukit Miku. Laluan alternative kalau jalan Kuala Pilah ke Bukit Putus jem teruk.
Jalan Bukit Miku ini, rasanya tidak sesuai kalau di lalui pada waktu malam kerana keadaannya yang sunyi. Jalan juga adalah berbukit.

Hari Sabtu dan Ahad hanya di habiskan di rumah emak abah di kg.
Ya ALLAH, punyalah panas masa ini di Kuala Pilah. Rasa macam hendak tidur hotel sahaja waktu malam, hendak tidur ber aircond, hehehe.
Hari Sabtunya, seharian saya dan HC mengemas barang-barang kami di rumah kg. Wow susun-susun, rupanya penuh juga rumah di buatnya.
Meja makan di letakkan di area makan. Pinggan mangkuk, tong gas kosong juga mixer di letakkan di bahagian dapur yang memang sudah siap dengan tabletop.
Satu katil bujang di letakkan dalam satu bilik bersama satu almari baju.
Meja study di letakkan di satu bilik lain. Penuh sungguh barang-barang komputer HC. Maklumlah, kerja HC dulu ialah repair komputer.
Diruang tamu, memang ada kerusi rotan satu set. Yang itu abah yang letakkan.
Bersama dengan tv kabinet. Kami letak TV sony comel yang di bawa balik dari KL juga. Walau tanpa aerial, tetap TV1 dan TV2 dapat siaran dengan terang. hehe.

Hari Isnin 1st time juga pergi ke pekan Pantai, tidak jauh dari Ampangan, Seremban.
Ikut arah ke Jelebu kalau dari Highway Lekas. Saya melawat student di yang bekerja dengan contractor/consultant dari Shah Alam. Tempat training mereka berdua ialah di Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.
Habis di situ kami ke JJ Seremban 2. Lunch McDonald. Lepas itu tunggu student datang untuk lead kami ke site di Sendayan.
Kemudian terus balik ke KL.
Alhamdulilah, selesai semuanya.

Malamnya kami ambil Haziq.
Alahai kecian Haziq, seminggu lebih tidur di rumah kaklang. Pergi sekolah pun memang dari situ. Hari itu pun sempat beberapa hari sahaja, Haziq tidur di rumah Vista ini. Memang teruja sungguh Haziq dapat balik rumah sendiri. Sempat semua mandi pool pagi Selasa itu, sebelum kami keluar rumah.

Op lupa hendak story, semester 3 saya di OUM akan bermula pada Ahad ini.
Macam tidak percaya kan, saya sudah melangkah ke semester baru.
Tapinya, result exam semester 2 masih belum keluar lagi. Semoga ALLAH memberi yang terbaek untuk saya dan juga kawan sekelas, amin ya rabal alamin.
Saya mendaftar dan bayar fees pada 4 May lepas di OUM.
Buku teks yang dapat masa registration hari itu masih belum sempat di tengok. Buku-buku itu ada sahaja atas rak di dalam bilik. Sibuk sangat since pindah rumah ini.

Kisah pendek duduk di Vista.
Macam biasa cuaca tengah malam adalah sangat sejuk. Aircond di ruang tamu dan bilik tidur hanya di on kan semasa hendak tidur dalam masa kurang 3 jam rasanya. The rest, cuma guna kipas sahaja.
Waktu siang kalau belah tengahari dan bawa kepetang memang panas sungguh.
Best part waktu malam atau pagi ialah melepak sekejap di tingkap dan menghirup udara segar. Sangat nyaman sekali.

3 comments:

oya said...

kampung kt pilah ke

Farah Waheda Wahid said...

wah sibuk dan packnya hari...

Ms Haslina said...

salam oya
huhu, a'ah orang pilah nie.

salam farah
itulah, lega bila sudah selesai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails