Followers

Monday, July 1, 2013

Annual Dinner 2013 and Kenduri at Subang Jaya.

As salam kawan-kawan.
Alhamdulilah, hujan pagi Monday blues ini kan. Memang dari pagi tadi cuaca macam gelapkan.
Punyalah lama peram story ini. Kisah outing ini berlaku pada hari Sabtu 8 June 2013 lepas.

Kenduri ialah di Subang Jaya. Alhamdulilah kami sampai di sana dalam jam 12 tengahari. Makanya tidak perlu bersesak dengan ramai orang. Kenduri ialah majlis perkahwinan anak officemate.
Baby Hafiy awal-awal sudah tumpang di rumah kaklang. Saya rasa Hafiy belum sesuai keluar di tempat panas lagilah di waktu tengahari. Sekali bila sampai rumah kaklang, kaklang minta bawa Ezad pergi kenduri. Sebabnya Ezad dengan Haziq memang rapat, maklumlah sebayakan.
Makanya instead dari hendak bawa 3 orang akhirnya jadi 4 orang kanak-kanak juga. Ok sahajalah.
OTW ke sana memang 1st time lalu jalan baru dari Subang Airport. Sudah bertahun-tahun saya tidak ke area Subang. Teruja juga tengok Subang Airport yang nampaknya banyak perubahan. Rasa macam hendak drop by pula. Saja hendak tengok-tengok keadaan dalamnya.
Tapi sekadar rancangan sahaja. Masa balik dari kenduri lepas makan nasi beriani berpinggan (sebab anak-anak tidak habis makan, either saya or HC kena habiskan makanan) dengan cuaca yang panas, makanya saya sebagai pencadang, saya juga yang cancelkan rancangan hendak singgah ke Subang Airport. Kenyang sangat, hari itu memang sampai ke malam sendawa bau beriani.


Malamnya setelah bertukar tarikh yang pada mulanya bersamaan dengan tarikh General Election, saya attend annual dinner. Tahun ini dinner di buat sebelah malam bertempat di Mines Wellness Center.
Erm saya tidak pakai pun baju ikut theme iaitu BLOCK COLOR. Malas hai, hendak mencari dan membeli baju baru. So pakai sahaja baju yang ada dalam almari.
Walaupun cuma menang meja bertuah iaitu No 2 dari 16 meja, namun tetap syukur pada ALLAH kerana fulfill kenginan saya itu. Sebabnya memang in my list hendak beli tupperware baru sebenarnya.

Maklumlah since naik kerja lepas cuti bersalin lepas. Memang dekat tiap hari saya bawa bekal pergi kerja. Makanya teringin hendak ada bekas cantik untuk bawa makanan. Barulah lagi rasa bertambah seronok membawa bekalan. Color tupperware boleh menceria kan mood...kan.
Mood hendak keluar lunch sudah ke laut sungguh sekarang ini. In the end malam-malam kena masak banyak than I just bring any leftover food untuk di makan waktu tengaharinya. Apa-apa sahaja semua boleh, saya tidak cerewet. Simple dish sahaja pun okies.
Kadang-kadang just goreng telor mata lembu then curahkan dengan sambal kicap. Sayurnya pula cuma potongan timun jepun. Alhamdulilah.


Malam itu memang tiada menang Lucky Draw pun. Sungguh tidak luckylah kan. Tapi tidak mengapalah kan. Food malam itu seperti biasa-biasa sahaja. Macam makan di hotel, sama sahaja. Saya cuma ambil sekali round makanan sahaja. Mood tiada sangat malam itu, sebab masih kenyang beriani kenduri plus penat.
Dinner habis around 12 tengahmalam. Saya balik jam 11.30.
The best part insyallah saya akan bertukar hadiah lucky draw saya last year dengan seorang staff lain yang dapat lucky draw tahun lepas juga. Sebabnya both of us rasa hadiah yang kami dapat tidak banyak kegunaannya. Best kan.



Lucky table 9. 
Haifa with REDA from IKEA.
Me and the department performance.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails