Followers

Wednesday, January 30, 2013

Kisah beli buah dan mesin tiket parking.

Assalamualaikum.

Cerita berbentuk luahan hati.
Aku bengang, hubby pun lagi bengang dari aku.
Sebab dia yang berpanas mengadap mesin tiket itu di tempat kejadian.

Kisah bermula semalam petang.
Masa itu matahari masih tegak di kepala
Aku buat cadangan ringkas pada hubby.
Mulanya memang tidak terluah di mulut ini.
Ialah aku tengok hubby macam penat jea.
Tapi aku tahu memang hubby penat pun.
Fikir-fikir, cakap sahajalah.
Hendak atau tidak terpulang pada hubby.

"Yang, jom kita pergi beli buah. Beli anggur, epal bagai.
Budak-budak kan suka makan buah.
Alang-alang sudah ke mari.
Tapi terpulang pada U lah hendak pergi atau tidak.
Ialah hari tengah panas lagi.
Takut pula jalan jem, orang balik kerja."

Azalinya hubby aku ini, kalau isteri dia sudah request.
Jarang amat hendak di tolak.
Itu yang kadang-kadang aku perlu fikir dulu sebelum buat cadangan.

Panjang cerita lagi.
Parking full dimana-mana.
Makanya hubby parking depan hotel.
Banyak kosong masa itu.
Tetiba lama benar aku tunggu hubby balik ke kereta.
Sudahlah panas, lamanya beli tiket parking.
Terus aku call.
Balik hubby ke kereta, dia beritahu yang mesin tiket parking itu buat hal.
Orang sebelum itu okies.
Lepas itu dia dan orang selepasnya sudah rosaklah pula.
Berkali-kali mencuba.
Ada dua mesin di situ.
Bayangkanlah, dua-dua rosak bengong.

Hubby cadang pergi cari mesin lain berdekatan.
Aku cadang jom balik.
Lain kali lah beli buah.
Sudah bukan aku yang drive.
Hubby drive cari mesin tiket yang lain berdekatan.
Rosak juga lagi.
Gila haper.
Sudah-sudah ada satu kereta di parking itu kena compound DBKL.
Tidak kuasa melayan kena saman pula sebab tiada tiket parking.
Makanya kami syak tukang jaga parking haram di situ yang merosakkan mesin tiket itu.
Bengang tau.
Diaorang itu ada di mana-mana berdekatan pasar buah.
Kenapa pihak DBKL tidak ambil tindakan atas diaorang!!!
Ini sungguh tidak adil.

Lastly kami memang hendak balik.
Hubby tidak puas hati lagi, ternampak mesin parking depan Pejabat Pos Kg Baru.
Try untuk kali terakhir.
Alhamdulilah okies.
See, bila mesin ini jauh dari penjaga parking haram itu. Elok pula functionnya.
So siapa yang duk usik mesin yang rosak itu????

Maka kami kembali ke parking depan hotel.
Udah.
Penuh pula parking. Pusing lagi.
Dan akhirnya.
Kami parking.
Jalan kaki, panas.
Dengan merah-merah muka Qeqeem yang putih itu.
Beli buah campur 12 biji untuk RM10.
Beli lagi anggur seedless 1/2 kg RM8.

Haifa siap nangis-nangis lepas itu.
Hendak air sejuk, hendak air sejuk.
Alahai cian aku tengok anak-anak aku.
Terus belikan milo ais. Ikat tepi punya.
Penuh satu plastic, price tidak sampai RM2.
Murahnya.

Settle semua terus gerak balik.
Alhamdulilah jalan masih belum jamming.




2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Hu... perosak harta awam..menyusahkan org jer kan..

Nasib baik akhirnya dpt jugak benda yg dihajati..

Ms Haslina said...

a'ah eina, masih wujud sekarang ini vandalisme.

alhamdulilah, syiok dapat beli buah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails