Followers

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan ke 11.

Salam Ramadan.
Alhamdulilah sudah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa.
Alhamdulilah juga buat aku sebab ALLAH bagi kekuatan untuk terus berpuasa.

Hari itu balik dari kg, banyak lauk emak bekalkan. Sodap.
Ahad itu kami gerak dalam jam 10 malam dan sampai KL jam 12.30 tengah malam.
Tidak perlu storylah kan, dari Kuala Pilah until habis Bukit Putus layan lori yang berderet-deret.
Masuk highway di Senawang pula,kereta penuh serata jalan.
Padahal masa itu rasanya sudah cecah jam 11 malam.
Fuh.

Balik story lauk pauk dari kg.
Emak memang gigih memasak dari tengahari Ahad itu.
Aku tidak dapat menolong sebab tidak sihat.
Kuat sungguh tenaga emak yang sudah masuk umur 67 tahun. Alhamdulilah.
Belum lagi yang abah bawa Haziq dan Haifa di taman permainan dan kemudian ke Pasar ramadan dari jam 3 pm untuk 5 pm.
Abah sudah masuk umur 73 tahun.
Alhamdulilah emak dan abah sihat.

Lauk bekalan emak ialah Kari Daging, Kari Ikan dan Rendang cili padi Ayam Kg.
Fuh.
Memang bagi yang suka ayam kg, semestinya tidak boleh elak untuk makan lauk ini.
Sedapnya lain macam.
Setakat hari ini yang tinggal dalam peti ais di rumah aku ialah lauk rendang itu sahaja.
Yang kari mari sudah selamat di makan oleh hubby seorang.
Semalam hubby masakkan Sambal ikan bilis dan Goreng kacang buncis.
Makanya itu sahaja lauk berbuka dan bersahur kami.
Simple amat.
Air pula aku cuma beli air kotak Soya Jagung.
Plus lagi buah tembikai.

Memang azalinya aku dan hubby tidak berminat sangat ke Pasar ramadan.
Sebab itulah kami makan sahaja apa yang ada.
Seada adanya.
Kalau okies, otw balik rumah aku singgah di pasar ramadan dekat dengan office.
Beli kuih sikit plus air sedap. itupun kalau rajin lah.

Nampak sesangat sekarang ini aku dan hubby letih sangat.
Ialah menguruskan kerenah anak-anak.
Ditambah dengan penat mengurus tugasan harian lagi.
Mana Haifa pula yang sikit-sikit mesti hendak meraung sahaja kalau berebut barang dengan Haziq.
Qeqeem pula, tengah berselera makan. Alhamdulilah.
Tapinya jangan lambatlah kalau membancuh susu, alamat menangis lagi kuatlah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails