Followers

Wednesday, August 15, 2012

Misi baju raya anak-anak.

Budak baik umur 1 tahun.

Alhamdulilah semalam selesai misi mencari baju raya anak-anak kesayangan aku.
Mula dari Jalan TAR pada malam minggu lepas. Erm hampa.
Dapat penat sahaja.
Mana dengan jemnya.
Plus dengan parking kereta lagi.
Orang ramai.
Benci betul aku hendak pergi situ.
Ramai juga aku tengok balik dengan tangan kosong.
Yang confirm semua orang mesti ada beli kopok lekor dan juga air.
Lapar kan, bila jalan-jalan dengan orang ramai keliling. Panas..
Rata-rata orang jual makananlah yang untung banyak aku tengok.
Dasyat.

Lepas itu hubby terus ke Chow Kit.
Alhamdulilah dapat baju kurung Haifa 2 pasang.
Tup tap masa itu jam sudah masuk 1am.
Penat ampun sangat.

Hari Ahad petang pula keluar lagi carikan t-shirt untuk anak-anak bujang pula.
In the end, Haifa lagi yang dapat baju.
2 helai baju gaun cantik, hubby yang pilihkan. Aku memang failed part cantik-cantik ini.
Lagi-laginya terbeli juga 2 legging untuk Haifa.
Hampa lagi untuk Haziq dan Qeqeem.
Diaorang ok jea.
Aku and hubby yang risau.

Semalam petang, misi berjaya untuk Haziq dan Qeqeem.
Lega sangat hati.

Sebenarnya murah rezeki anak-anak aku tahun ini.
Tempias bonus orang kerajaan dari adik bongsu aku.
Ini pula balik kg nanti pun ada lagi untuk diaorang.
Abah aku sudah berkali-kali call suruh balik raya awal.
Sebabnya abah hendak belikan baju raya cucu comel 3 orang ini.
Alhamdulilah.
Syukur pada ALLAH.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails