Followers

Friday, July 6, 2012

Anak-anak dan kereta WIRAku.

My beloved ever car.
NAX 941x

As salam.
Alhamdulilah sudah hari Jumaat.
Semoga ibadah dan urusan kita pada hari yang mulia ini di permudahkan dan di berkati Allah, amin amin amin.

Sudah 4 hari Haziq tidak ke tadika.
Hari Isnin memang tadika cuti.
Asalannya hari Sabtu lepas Haziq demam on off.
Until hari Isnin aku hantar Haziq pergi klinik dan aku minta MC sekali untuk menjaga Haziq.
Alhamdulilah menjelang hari Selasa lepas itu Haziq sudah ok.
Cumanya masih ada batuk sikit.
Dan katanya tekaknya macam sakit.
Ok.
Tapinya lagi, Haziq ada muntah.
Kalau terlalu bermain dan batuk kemudian mesti muntah.
Sebab itulah hubby tidak bagi Haziq pergi sekolah.
Biar dia berehat di rumah sahaja.

Mari lihat pictures kesayangan aku.
Masa ini kami di bengkel kereta di Dengkil dalam pertengahan June hari itu.
Agenda ialah menukar minyak hitam.
Dulu masa aku duduk Pandan Indah pun tetap datang kesini untuk servis kereta.
Bengkel ini orang Melayu punya, kawan adik aku.
Kerjanya baik dengan harga berpatutan.
Kawan-kawan, jom support perniagaan orang Melayu.

Qeqeem sedang tunjukkan kakinya yang comel dan lebar.

Haifa suka hati melayan kerenah Qeqeem.

Macam inilah Haziq kalau lepas balik dari tadika.
Kalau di bagi main games dan tengok kartun ok sahaja.
Tapi kalau duduk dalam kereta, mesti tidur.

Muka boring, sebab kena bangun.

2 comments:

Eliss said...

kita pun memang servis kat pomen melayu kat sini. servis bagus jugak. x semua jenis amik kesempatan.

Ms Haslina said...

alhamdulilah..mari kita sokong business org kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails