Followers

Thursday, June 7, 2012

Cheese tart with resepi.

                                                                 Cantikkan pinggan ni.
                                                             Ambil pinggan emak di kg.

Sudah 3 kali rasanya aku buat kuih ini.
Tapinya aku setakat buat filling cheese itu sahaja.
Part tart shell itu aku beli sahaja.
Ialah untuk buat makan sahaja, bukan untuk jualan pun.
Makan anak beranak + opismate sekali sekala.
Semalam buat sekali round belah pagi untuk emak bawa balik kg.
Satu round pula buat waktu malam untuk opismate sikit dan untuk makan di rumah sikit.
Shell tart ini ada jual di kedai barang-barang bakery.
Harga pun tidaklah mahal dalam RM2 lebih untuk 10 biji.

Kalau tidak silap pengiraan akulah.
Ikut resepi di bawah aku boleh dapat dalam 40 biji cheese tart ini.
Sebab hubby tidak suka bubuh filling makanya aku tidaklah meletakkannya.
Sekadar coretan lorekan di atas cheese.


http://annaqawina.blogspot.com/
RESEPI CHEESE TART
Sumber : Kak Maiza, Kak Azita Zain, Mas, HaSue dan ramai lg ..

Cheese Tart by AnnaQawina
CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
• 250gm cream cheese
• 50gm gula kastor / gula halus
• 1 biji telur Saiz B
• ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat
4. Tuang cream cheese ke atasnya.
5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi

TIPS KAK AZITA :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. 4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust
5. .nk dptkan cis yg licin, kena pukul sampai berkrim...jgn ada ketul2. Then bakar jgn lama2...nti warnanya x cantik.
6. Pukul krimcis ngan gula kastor dulu sampai adunan tu berkrim...lps tu masukkan telur dan esen...pukul lagi sampai berkrim

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails