Followers

Tuesday, May 29, 2012

Pengasah pensil comel.

Fuh panas sungguh sekarang ni kan. Bila balik rumah aku tengok muka sudah macam orang kerja field. Bukan ala-ala kerja opis lagi gitu. Macam lebam sahaja.
Fuh lagi. Mak oit dari Rabu lepas aku tidak sempat-sempat hendak update. Cuma dapat pandang-pandang sahaja blog merah ini.
Hendak kata busy, iyelah kot. Sebab kalau aku free, confirm mesti update punya.
Lagipun kebetulan cousin and adik emak datang dari S'pore pada hari Khamis dan Jumaat lepas. Makanya malam-malam pergilah jumpa diaorang di hotel. Diaorang duduk KL until hari Ahad.
Cousin Dillah and hubby sahaja datang bercuti dan bershopping di KL.
Auntie and family pula attend seminar. Biasalah orang kuat berbusiness. Mesti sentiasa menambah ilmu didada. Admire aku dengan Cik Ros aku ini. Ini kali kedua Cik Ros join business yang berlainan pula. Dulu-dulu itu, aku tengok memang Cik Ros kiranya boleh di katakan berjaya.
Kali ini alhamdulilah aku di beri peluang bersama. Cik Ros offer, terus aku kata ok.
Rasa tidak sabar untuk mula 'berjuang' nanti.

                                                            Tempat untuk memutar.

Minggu lepas itu sempat juga aku ke Mydin di Putrajaya. Price RM 5.90 kalau aku tidak silaplah. Ada yang lebih besar dan bentuk lebih comel. Tapinya price lebih singgil dua ringgit sahaja.
Kebetulan masa itu aku baru balik dari JPN, so singgahlah situ. Beli keperluan dapur sikit. Aha, comelkan pengasah pensil di bawah ini.
Tengok menda ini terus teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Tahun 80 an. Pengasah aku dulu yang material steel gitu. Aku beli di S'pore masa itu. Biasalah, dulu-dulu masa kecik-kecik setiap kali balik dari S'pore mesti duit penuh dalam poket. Hehe, semua orang bagi duit.
Memang tradisi family belah emak semuanya. Murah dengan memberi wang Sing dollar. Oleh itu dengan duit itulah aku membeli barang yang aku suka kalau sampai di pasaraya di Woodland. Emak dan abah mesti lepaskan aku, kakak dan eboy di bahagian toys atau bahagian kanak-kanak. Belilah apa yang di kehendaki.
Seronok.
Bila aku ternampak pengasah comel ini terus aku beli. Aku hendak Haziq pun dapat feel macam yang aku rasa dulu.
Tapi awaslah, budak-budak ni kan kena pantau dan ajar dulu macam mana hendak guna pengasah ini. Laginya hasil asahan itu pun kene bagitau cara hendak handle.
Nanti-nanti hasilnya, bersepah atas lantai abuk-abuk halus asah pensil tu.

                                                                    Bahagian depan.

With pensil.

2 comments:

Eliss said...

lepas ni boleh cari satau utk my nuha.senang dia buat sendiri , x bahaya :)

Ms Haslina said...

a'ah eliss, safey utk budak2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails