Followers

Monday, April 30, 2012

My story minggu lepas.

Hidung aku masih berair lagi.
Alhamdulilah tidak seteruk masa 1st day pada Selasa lepas.
Kisahnya hari Selasa itu pula aku pergi klinik lagi berdekatan rumah. Bawa Qeqeem sekali. Kami pergi berdua sahaja.
1st time hari itu Qeqeem di masukkan ubat montot. Erm, rasanya tidaklah panas pun aku rasa badan Qeqeem.
Tapi lepas Doc cek suhu, terus dia suruh nurse ambil ubat.
Aku lepas itu terus minta MC pada Doc. Ialah memang aku perlu rehat. Laginya sungguh tidak sampai hati tinggalkan Qeqeem di rumah.
Dirumah ada kaklang with baby and emak sahaja. Haifa ada dengan hubby.

Emak pun tengah tidak sihat dan demam.
Hubby ada hal masa itu
Menjelanng hari Rabunya, alhamdulilah aku sudah sedikit sihat. Tapi aku mohon EL pada boss, aku hendak sambung jaga Qeqeem.

Pada permulaan hari Isnin sebelumnya tekak aku memang rasa sedikit perit. There semestinya, hari Selasanya aku sudah mula batuk. Biasanya memang begitukan.

Perit di tekak, kemudian mesti selsema kemudiannya di tambah juga dengan batuk sekali.
Aku perasaan lagi kalau mula minum ubat batuk. Kahak mesti appear selepas itu ketika batuk.
Aku cepat-cepat makan ubat kerongkong yang Doc bagi. Plus makan ubat batuk sekali.
Hatta ubat selsema aku cuma makan sebiji sahaja walaupun di tulis pada sarung plastic ubat perlu makan dua biji.
Ah aku memang begitu semenjak jadi mama. Aku suka hati kurangkan ubat dari sukatan sebenar.

Point nya mudah sahaja.
Aku tidak suka terlalu banyak UBAT dalam badan aku.
Di samping itu, aku juga cuba minum air asam jawa segelas. Aku bancuh sesudu teh asam jawa tanpa biji ADABI bersama dengan satu cawan air suam.
Kiranya satu hari aku minum satu cawan.
Mudah, murah dan berkesan. Laginya semestinya tanpa gula tambahan.
Alhamdulilah ia membantu.

Sekarang ini kalau aku rasa sakit kepala sangat, barulah makan sebiji ubat muscle yang Doc bagi hari itu. Masa itu aku pergi klinik sebab terasa ngilu di area bahu kanan kalau kena air shower. Kemudian sebab penat sangat. Dan sudah tidak tahan lagi, sakit sudah naik ke telinga dan terus ke kepala.
Itu yang Doc bagi aku ubat bengkak, ubat sapu dan ubat muscle.
Dan, aku cuma makan ubat mucle.
Doc cakap aku stress.

Serius, aku juga hubby memang penat berlebihan lalety ini.
Di rumah disamping dengan Qeqeem yang masih ada sedikit batuk berkahak dan selsema. Kemudian demam campak. Sudah baik dan masih batuk berkahak dan selsema.
Seperti biasa, aku tidak suka bagi anak-anak juga makan ubat sangat.
Sorry lah.

Almost 3 weeks rasanya tidur kami tidak sedap selena berulit mimpi gitu.
Semestinya Qeqeem cranky kerana tidak selesa dengan keadaan batuknya.
Haifa pula, kalau terlalu banyak bermain dan makan coklat berlebihan. Ada masanya Haifa akan muntah, menangis sekali.
Makanya sekejap kami lena, Qeqeem nangis hendak susu. Makanya bancuh susu yang sudah siap-siap letak dalam bilik.
Baru lena lagi, Haifa pula terbangun dan menangis siap muntah. Haifa memang takut kalau dia muntah.
Perlu tukarkan baju, lap muntah di lantai.
Pujuk-pujuk supaya tidur semula. Tup tap sudah 1 jam miss waktu tidur.
Lena tidak lena, Qeqeem menangis lagi, mahu susu lagi.
Tukarkan pamper sekali.
Nangis lagi, kenalah tepuk-tepuk supaya tidur.
Resultnya, kepala aku and hubby jadi weng weng.
Alhamdulilah Haziq tidur lena since masuk sekolah sekarang ini.

Aku meredhai kaklang and baby ada di rumah sekarang ini. Plus dengan emak yang tidak sihat.
Aku dan hubby cuba mana yang mampu untuk semua itu.
Di samping menjaga 5 anak-anak comel yang bermacaman kerenah.

Di tambah lagi dengan side business kami yang alhamdulilah.
Serius bisnes membakar aku semuanya tengah stop sekarang ini. Ada beberapa order memang terpaksa di tolak dan di tangguhkan.
Alhamdulilah anak kaklang, kaklang yang dalam pantang, baby dan hubby tidak di jangkitan virus demam selsema dan batuk setakat ini.
Haziq ada sedikit batuk dan selsema.
Haifa ada batuk sikit.

Aku berdoa supaya emak dan Qeqeem cepat sembuh.
Dan semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik pada aku dan hubby.
amin amin amin.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails