Followers

Thursday, December 15, 2011

Kek Mentega Oren.

Salam hari Khamis.
Alhamdulilah ada rezeki kita bertemu lagi.
Story aku pastinya masak-masak.
Kalau tidak cerita ceriti pasal anak-anak tersayang.
Petang ini story kek warna oren aku.
Alhamdulilah sedap..hubby yang cakap.
Layan pictures dan juga aku kongsi sekali resepinya.
Rasa memang ala-ala oren gitu.

Hasil bakaran malam tadi.

Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor
220 gram tepung kek
30 gram jus oren
3 sudu besar parutan kulit limau
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh perisa oren
1 sudu teh pewarna oren
1 sudu besar blue poppy seed.

Cara membuatnya.
Mentega, perisa oren, pewarna oren dan gula kastor di satukan dan di putar hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan jus oren.
Masukkan kulit oren dan blue poppy seed. Gaul sebati.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci@18cm (saiz empatsegi).
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Bahagian bawah dan tepi kek.
Kek sesudah di bakar.

Alatan yang baru di beli. Semangat gitu.
Hasil perahan limau.
Parutan kulit limau.
Adunan sebelum di buat pembakaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails