Followers

Thursday, June 2, 2011

KONGSI de movie jom.


Yup, malam lepas-lepas tengok citer ini. Movie ini bagi akulah, adalah kategori GANAS spesis nampak LAWAK.
;))
Tagline 'lu langsi lu mati'.
Sorry to say, LANGSI tu apa maknanya ye?. Aku tak faham.

Apa yang aku faham setelah aku habis menonton. Itu pun terganggu gak perjalanan tontonan aku sebab duk pilih bawang sambil makan mee hoon goreng yang hubby belikan. Lepas itu pi basuh garfu bagai, tambah milo ais semula untuk minum.
Lama gak kat dapur masa itu.

Citer ini pasal kongsi gelap, arahan Farid Kamil. Taiko besarnya ialah Pak Pie tu, yang biasa berlakon citer anak mami tu. Anak dia pelakon Azad as a Mikhail@Abang Long gengster lah juga kononnya, tapi asik di pandang rendah oleh mak dan isterinya.
Lawak je.
Gengster dalam citer ini kira-kira macam 1 Malaysia. Ada semua bangsa. Combine sama-sama.

Shaheizy Sam as a Tumulak, pelakon utama. Dia cakap guna dialek Thailand Kelate Siam kot gitu. Ntah aku pun bukan faham pun. Dia ini ialah pembunuh upahan rasanya. Tapi dia asalnya tidak tahu guna senjata. So dia belasah sahaja pasang sniper

Skrip movie - "My name is Tumulak. I come from Thailand. Kawe ni Legend kat KL ni."
Lawak le juga bila Sam ni cakap gitu.

Bront Palarae ada gak dalam citer ini. Namanya Kimpedu, berlakon sebagai ketua gangster di kg laman Sam itu.

Dalam movie ini ada gak pelakon Fizo Omar, Norliana Samsudin and Putri Mardiana as a police inspector.

Bagi akulah, personalnyer pendapat. Citer ini biasa-biasa sahaja. Macam cerita gangster ala-ala Malaysia yang lain.
Awat itu-itu sahaja pelakon Cina India yang ada untuk citer movie.
Rasanya ramai lagi pelakon yang boleh tahan popular untuk di jadikan gangster cina india. Rugi sungguh diaorang nie.


Part paling best ialah bila acara kejar-mengejar kereta antara 3 kereta polis dan kereta Tumulak. Memang aku rasa tidak pernah filem Malaysia ini buat scene macam itu. Dasyat weh, kemek-kemek kereta Wira polis 2 biji langgar-langgar dengan kereta Tumulak itu.
Memang wajib tengok tau scene itu.
;))

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails