Followers

Monday, June 20, 2011

Asyik mengeras sahaja.


Sabar dan laratkan sahaja aku melayan perut yang kerap kali mengeras sahaja.
Part lain, kaki, betis dan pinggang semua masih alhamdulilah. Fine.
Dua tiga hari ini pula, aku sampai minta hubby usapkan perut aku pujuk baby sebabnya baby begitu asyik buat regangan kaki @ tangan.
Nampak itu tidaklah, tapi memang boleh rasa tulang baby menekan terus keperut aku.

Kalau tidak silap since masuk kandungan 7 bulan lebih memang itulah keadaannya sehingga hari ini. Mengeras di perut adalah agenda utama aku.
Aku tidak pastilah orang lain.
Tapinya memang mula dari Haziq, Haifa dan kandungan sekarang, mereka suka berada di bawah semasa dalam perut.
Resultnya lagi aku memang kerap dan kerap sakit di bahagian bawah.
Saratlah juga kalau hendak melangkah lepas duduk lama-lama selalunya.
Sungguh tidak selesa.
Memang ada orang cakap suruh aku pergi berurut.
Hatta aku ini dasar penakut.
Ialah takutlah, takut jadi menda lain pula.
;((

Ironinya, walau apa yang aku luahkan keluh kesah itu dan ini.
Until now aku masih driving sendiri untuk pergi kerja. Gagahkan diri betul.
Ialah anak hendak masuk 3, tidak akanlah hendak mengada-ngada lagi macam orang anak sulung.

Alhamdulilah kereta aku guna gear auto. So cuma tekan sahaja guna kaki kanan.
Jangan tidak tahu, tangan kiri aku pula tetap begitu memegang bahagian bawah perut.
Kisahnya lagi kecian kat Haifalah, selalu je kena marah dengan aku.
Sebabnya dia mesti hendak bermanja dengan aku.
So biasalah mesti dilanggarnya perut mamanya ini sebab hendak baring tidur bagai dekat perut aku.
Lagipun, Haifa masih belum faham lagi keadaan mama dia.
Hendak buat macamana, kan.

Haziq pula memang anak yang baik. Since dari aku pregnantkan Haifa lagi, dia rajin betul berbual dengan adik dia dalam perut. Kali ini pun dia macam tu.
Walaupun dia tidak tahu hendak cakap pasal apa. Namun selalunya mesti dia minta aku tolong buatkan ayat dan lepas itu dia pun cakap dengan adik dalam perut.
Konon-konon dia tengah berbual dengan adiknyalah.
Siap dengan satu tangannya pegang perut aku.
Selalu juga dia tolong marahkan adik baru dia ini supaya jangan sepak perut mama kalau aku mengadu perut aku tengah sakit.
Memang abang habis.

In the end cerita pasal perut aku ini, kata kakak di office ini. Bagus anak active dan aku ada rasa sakit.
Sebabnya insyallah nanti mudah bersalin.

Daripada orang yang asyik tidak ada rasa apa-apa.
Akhirnya itulah antara sebab kena operate untuk bersalin.
Lega hati perasaan bila dengar macam itu.
;))

1 comment:

Anonymous said...

Pretty! This was a really wonderful article.
Thanks for providing this information.

Here is my web-site; business truck insurance

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails