Followers

Thursday, March 31, 2011

Pelik bin ajaib kan.

Pelik bin ajaib kan.
Macam-macam alasan orang boleh bagi gitu bila kerja tidak boleh siap dalam masa yang di tetapkan. Yang best lagi boleh buatkan alasan untuk orang lain sekali gitu. Hebat hebat memang hebat.

Kalau si A tidak siap kerja. Ooo boleh bagi alasan. Anak-anak dia kecik lagi. Suami dia kerja jauh. Kononnya alasan itu sudah cukup kukuh. Walaupun si A orang muda belia, baru masuk kerja tidak sampai setahun lebih pun.

Hatta di kaji semula.
Tidakkan si A itu duduk bersama emak dan ayahnya. So automatik still parent dia boleh bantu tengokkan anak-anak dia while dia siapkan kerja menimbun itu yang tidak dapat di siapkan di pejabat dan terpaksa di bawa balik kerumah.
Boleh kan gitu.
Kalau guna alasan lagi. Tidak mahu buat parent as 'kuli' kononnya. So kerja-kerja office tidak boleh di bawa balik kerumahlah.
Bagi aku kalau niat di hati kao memang hendak buat kerja secara mulia dan sebagai pekerja sejati. Tidak pernah salah minta parent bantu 2 - 3 jam gitu.
Walhal waktu tidur kao pun masih boleh di pendekkan sekiranya kao itu seriusly dengan tanggungjawab kao di office.

Kalau si B siap kerja awal. Tetap ada juga alasan yang sedia ada meluncur keluar dari mulut si C. Ooo dia itu bujang. Tidak ada komitmen apa-apa. Bila-bila masa di mana jua dia bebas menyiapkan kerjanya.

Chiit sungguh.
Apa hingat orang bujang tidak ada masa untuk bersosial ke?. Aku pun pernah bujang. Itulah kan, kalau part kerja lebih mesti hendak bagi pada orang bujang. Kenapa ek?
Bagi aku orang bujang yang sepatutnya di beri masa lebih lagi. Bagi mereka peluang untuk memcari teman hidup. Kenal orang sana sini.
Hatta lepas itu harap-harapnya dapatlah mereka peluang untuk merasa nikmat hidup orang berumahtangga amin.

Kalau aku pula. Alhamdulilah aku memang siapkan kerja aku awal. Tapi tidaklah awal bebenor. Cuma aku alertlah dengan due date gitukan.

Hendak tahu apa alasan untuk aku pula.
Oooohoi kao itukan ada suami  ringan tulang. So citer-citer di rumah suami kao boleh tolong.
Whatdehexx!!! sungguh.
Apa kena mengena laki aku dengan kerja aku???.
Pada halnya, tidak pernah zaman aku buat kerja office di rumah.
Aku cuba sikit-sikit waktu di office untuk siapkan kerja aku.
Untung akulah dapat rezeki suami baik macam itu. Yang kao dengki pehal!!!!!!!!!!!!.

Hatta tambah citer lagi. Yang anak-anak aku umur 3 tahun lebih dan 1 tahun itu, memang budi bahasalah ya. Senyap tidak berlagu langsunglah diaorang itu.
Kononnya kalau anak orang lain umur gitu, kiranya asyik hendak di layan 24 jam ke?.

Citer lagi, habis itu perut aku yang sudah boyot ke 5 bulan lebih lebih ini. Kiranya cool gitulah. Sihat alhamdulilah sungguhlah.
weh weh weh!!!!

Lagi hendak tambah alasan, kerja orang itu ini lebih berat dari aku. Maka dia orang memang perlu lebih masa.
Weh cuba timbang tara ke dalam sikit.
Fikir dari segi gaji kelulusan belajar tinggi rendah bagai.
Berpadananlah workload kerja kao lebih berat dari aku.

Mungkin kao terlupa...kan.
Apanya hingat gaji hendak lebih tapi kerja hendak sama. Weh lagi...rezeki itu bersamaan dengan salary yang kao dapat.
Baru adil dan baru terasa nikmatnya.

Sebab perkara slash macam ini dari aku driving balik kerja until aku hendak tidur. Ia berlegar-legar keras di kepala aku. Aku jadi senyap kejap, sampai menung di buatnya bila di fikir.


Memang aku rasa lega sikit lepas luah di sini. Sebabnya aku bengang. Sudah lama gitu.
Bagi akulah walau apa alasannya, kao di bayar gaji setimpal dengan kerja kao. 
Fikir-fikirlah dalam cara laksanakan kerja tanggungjawab kao itu.  
Lagipun HENDAK SERIBU DAYA TIDAK MAHU SERIBU DALIH. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails