Followers

Tuesday, March 15, 2011

TV pun 'penat'

Semalam MC. Aku perasaan semenjak masuk kandungan 5 months ini, aku mudah letih. Ialah, hari Jumaat satu hari duty di PWTC. Itu memang tidak penatlah, tapinya perjalanan pergi dan balik yang penuh dengan jamming di jalan raya yang membuat aku penat amat.
Hari Sabtu pula almost all the time dengan family aku di rumah kakak. Penat melayan Haifa yang tidak mahu dengan sesiapa pun. Asyik merengek sahaja. Padahal semua orang hendak bermain dengan dia. Terumata abah aku yang cukup rindu pada cucu bongsu comel ini.
Hari Ahad,erm aku kerja gitu.
Penat dan penat lagi.


Malam tadi kami ke Pandan lagi. Menghantar TV untuk di baiki. Biasalah anak-anak aku, kerjanya picit sana sini remote tv itu. Makanya memang kesemua 3 tv di rumah aku telah selamat rosak.
Lagipun hendak buat macamana, namanya pun budak-budak.
TV kenit satu itu, memang sudah tamat riwayatnya.
TV satu lagi baru seminggu dua ambil dari kedai repair.
Kali ini hantar pula yang besar punya TV untuk di baiki.
;))

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails