Followers

Tuesday, September 21, 2010

Selamat bekerja semua

Hari ini officially aku mula bekerja. Macam biasa bila tiada perancangan yang telus dan bangun lambat. Waima, aku tidak sempat langsung breakfast pagi tadinya. Terus ke makmal. Sudahlah hari ini menggoreng bitumen..aduhai panasnya. Aku pula layan baik sahaja pakai baju kurung hari ini. Ish ish ish mengajar laboratory patutnya pakai seluar juga lab. coat. Tapinya sudah nasib badan, lab. coat aku tu terdapat saiz besar. Maka malaslah hendak pakai..kan. Sudahlah aku ini bulat, pakai coat sampai ke peha pula.

Di sebabkan penat, aku beli mee hoon goreng sahaja untuk makan. Seperti biasa tetap makan sikit sahaja. Banyak sangat portion mee hoon goreng, kalau beli di kantin office aku ini.

Aduhai banyaknya menda nak kena tanda tandaan.
Soalan exam tidak siap lagi. Pertama kalinya aku lambat buat kerja ni. 
Gitulah kalau jadi cikgu..kan.
Chow dulu..hendak ke makmal lagi.

Kerja kerja kerja - ikut lagu tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails