Followers

Wednesday, June 2, 2010

Mereka masih dalam tahanan Israel - update - sudah dilepaskan

Update - tahanan telah selamat dilepaskan dan dalam perjalanan ke Jordan..alhamdulilah

Utusan hari ini masih melaporkan bahawa Wisma Putra mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal Mavi Marmara yang diserang oleh tentera Israel semalam selamat tetapi kini ditahan oleh pihak berkuasa rejim itu di Haifa. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan sedang berusaha untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia itu melalui kerjasama beberapa buah negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

''Alhamdulillah, tiada rakyat Malaysia yang terlibat mengalami kemalangan atau kecederaan dan kita sedang berusaha untuk membawa pulang rakyat kita yang ditahan.
''Banyak negara yang sedia membantu seperti Turki, Jordan, Filipina dan Ireland yang mempunyai kedutaannya di Tel Aviv dan kedutaan kita di Ankara juga telah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Turki untuk membantu kita membawa rakyat Malaysia yang ditahan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Anifah baru pulang dari Singapura setelah menghadiri Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC).
Anifah turut mengesahkan senarai 11 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal yang diserang tentera Israel itu sebagaimana disiarkan oleh media hari ini termasuk dua orang wartawan Astro Awani.
Katanya, seorang lagi ialah Mustafa Mansur dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang menaiki kapal milik Turki itu.
Beliau berkata, enam rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Rachel Corrie kini dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Tambah beliau, semua sukarelawan pro-Palestin yang menaiki kapal Mavi Marmara dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza telah ditunda ke pelabuhan di Haifa manakala lima buah kapal lagi ditahan di Ashdod.
''Setakat ini kita belum mengetahui lokasi yang tepat di mana rakyat kita ditahan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Wisma Putra telah membuka bilik operasi 24 jam serta talian 03-88874570 bagi membolehkan ahli keluarga rakyat Malaysia yang terlibat mendapatkan maklumat terkini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails