Followers

Saturday, June 26, 2010

Lima pelajar MTD telah ditahan

What ever the reasons, the 5 students must be 'pay' back what ever they have done.  Who they think they are when they simply 'taking' other people 'life'.

Lima pelajar Tingkatan Lima Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini direman lima hari petang kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah itu, Muhammad Naim Mustakim Mohd Sobri, 16. Difahamkan, penahanan pelajar terbabit dilakukan sepasukan anggota polis tentera (MP) di asrama mereka kira-kira jam 6.30 petang kelmarin sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum menyerahkan mereka kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

Sumber memberitahu Berita Harian, mangsa dipercayai ditendang di perut ketika didenda melakukan tekan tubi bersama 28 pelajar junior lain kerana tidak menjaga kebersihan bilik asrama mereka.

Mereka dikatakan bertindak demikian selepas dipercayai tidak puas hati terhadap mangsa yang enggan mengikut arahan.

“Muhammad Naim kemudian dikatakan cuba bangun dari posisi itu tetapi tiba-tiba pengsan lalu terjatuh, dan kepalanya terhentak ke lantai. Allahyarham cuba diberikan bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) oleh jurulatih mereka sebaik dimaklumkan kejadian itu.
“Bagaimanapun, doktor bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan. Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Besi oleh pengurusan MTD berhubung kejadian berkenaan.

“Motif sebenar kejadian masih disiasat. Namun, maklumat awal yang diperoleh menyatakan kematian mangsa mungkin mempunyai kaitan dengan kecederaan di belakang kepalanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli sekumpulan pelajar senior di bilik asramanya dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di PPATM, Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras untuk bedah siasat.

Jenazah mangsa diterbangkan ke Pangkalan Udara Alor Setar menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C-130 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siung, Baling, kelmarin.

Siasatan awal mendapati kematian mangsa mempunyai unsur jenayah, namun siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengelak pertikaian dan meminta semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang dikhuatiri boleh merumitkan lagi keadaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails