Followers

Tuesday, June 1, 2010

12 rakyat Malaysia di atas kapal diserang Israel selamat

Berita terkini di Utusan online hari ini 01/06/2010 jam 7:27pm menyatakan bahawa
seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang tentera Israel disahkan selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.


Berita lain pula yang memang aku sokong sangat. Jangan kita sekadar cakap dimulut tapi tidak melakukan apa-apa pun. Tabik pada Dr. M
Jangan sekadar kutuk kekejaman Israel - Dr. Mahathir

Banyak yang boleh dilakukan oleh negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, bagi membantu aktivis yang ditahan dari kapal Mavi Marmara daripada hanya mengutuk sikap kekejaman rejim Israel ke atas armada kecil kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada setakat mengutuk yang perlu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Untuk mengutuk Israel...mereka tidak peduli,” katanya kepada pemberita mengenai dialog awam dan meja bulat akan datang mengenai Structural Transformation of Malaysian Economy anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan New Club of Paris, di sini hari ini.

Merujuk penyerang Israel sebagai “rangkaian kumpulan yang tidak berperikemanusiaan”, Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) itu berkata Malaysia dan seluruh dunia boleh menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan itu.

"Saya fikir seluruh dunia perlu mengatasi Amerika Syarikat bagi membantu Israel hanya apabila ia melakukan perkara yang betul dan bukan apabila Israel melakukan jenayah anda sokong hanya kerana ia merupakan sekutu anda,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails