Followers

Sunday, May 2, 2010

Kami ke KL Central hatta mengambil makcik tersayang naik train dari Singapore.

Seperti biasa ole-ole dari cousin aku Farah, majalah MANJA berharga SING3.90 dan juga berserta freegift majalah iaitu beg kecil...SYOK...

Beg ini tidak nipis pun. Tebal lah juga sebab  berspan.

Malam sabtu baru ini, kami ke KL Central hatta mengambil makcik tersayang naik train dari Singapore. Adik emak aku ini datang bersama suami dan Ahmad Farid Hamin, cousin aku yang masih belajar lagi di Poly or Junior Collage.
Kan aku pernah beritahu, yang family aku juga family belah emak aku semuanya. Memang rindu hendak naik train semula sekarang ini. Ialah kan..zaman dulu-dulu itu, memang setiap kali mereka datang Pilah, mesti naik keretapi dari Tanjung Pagar dan turun di Tampin. Lagipun emaklah satu-satu daripada 11 adik beradiknya yang berkawin dengan orang Malaysia hatta my father. So semestinya kalau hendak feel aura kg..mesti diaorang berkunjung kerumah kami.
Hatta zaman emak kawin dulu pada tahun 1964 pun rombangan dari sinun datang menaiki keretapi. Pehhh punyalah jauh journey masa itu...kan.

Sekarang ini memang jarang pakcik aku driving kalau pergi KL. Kalau datang ke kg barulah driving sendiri selalunya. Lagipun niat untuk ke Malaysia ialah untuk berehat...maka sebaiknya ada orang lain drive kan kalau kesini...hatta aku atau kakak aku atau adik aku atau saudara mara sebelah pakcik aku.
Setelah siap menghantar mereka ke rumah kakak, kami pulang ke rumah di Pandan Indah. Sampai rumah dalam jam 1am. Kasihan pada Haifa dan Haziq yang sudah tertidur di dalam kereta lagi. Aku pula tidur dalam jam 2 pagi.

Malam minggu pula, diaorang pergi menonton teater di Istana Budaya bertajuk Muzikal Teratak Minang. Kalau dilihat dari laman web IB, pelakonnya terdiri dari pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia.
MUZIKAL TERATAK MINANG

Hari Sabtu aku sempat mengupdate gelang untuk Kak Naemah, officemate. Dia minta ditambah itu dan ini lagi pada gelangnya itu. Juga aku perlu menambahkan lagi loop pada gelang kerana panjang gelang yang aku buat itu adalah mengikut standard tangan aku dalam 17.5cm atau 18cm. Untuk Kak Naemah aku panjangkan lagi ke 20cm.
Dibawah adalah order dari Alia yang masih dalam proses penyambungan lagi, officemate aku juga. Dia mahukan warna merah. Alia order dari hari Isnin lepas lagi, tapi aku tidak berkesempatan untuk membuatnya. So aku sudahkan gelang pada hari Sabtu. Alia merupakan 1st customer aku :)).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails