Followers

Friday, April 9, 2010

Itu memang penangan kalau buat WIRE BALL itu.

Sangat suka dengan WIRE BALL BEAD yang dua biji itu.

My gelang sudah bertambah ke bilangan 5 menjelang malam tadi. Sakit-sakit manja di hujung jari jemari aku yang tembam ini masih berbekas hingga pagi ini. Itu memang penangan kalau buat WIRE BALL itu. Walaupun hasilnya tidaklah ball sangat...tapi alhamdulilah aku boleh buat juga. Memang suka sangat dengan menda itu.

Malam tadi as soon as jam 9 pm kami serumah sudah menonton movie download. Malas aku hendak cerita tengok movie apa. Sebab jalan ceritanya bosan. Itulah hubby, aku sudah bagi suggested list untuk movies untuk di download, tapi entahlah. Movie itu macam ala-ala jalan cerita novel Remember Me by Cristopher Pike yang berpeluang aku baca baru-baru ini. Tapi aku layan sahajalah..kecian hubby penat-penat download

Habis sahaja menonton, baru jam 11 malam. Tidak akan hendak tidur..aku belum mengantuk sangat lagi. Dalam kepala memang terfikir pasal WJ sahaja. So aku ambil beg WJ aku dan aku buat gelang simple dalam gambar diatas. Kami ramai-ramai duduk dalam bilik tidur sambil hubby sambung menonton tv dari atas katil. Pemaisuri kecil Haifa dan hero comel Haziq masih belum juga tidur lagi.
Siap buat gelang, layan pemaisuri kecil Haifa. Sudah-sudah masuk jam 2 am kot..aku rasa sahaja sebab mata sudah tidak larat untuk dibuka lagi.
Selamat Malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails