Followers

Monday, March 29, 2010

pertama kali semula...

Hari ini pertama kali semula aku masuk bekerja setelah 60 hari lebih bercuti. Semestinya sedih sebab terpaksa berpisah sementara dengan Haifa yang tembam dan comel. Alhamdulilah Haifa sudah genap 2 bulan semalam. Pipinya semakin tembam dan gebu membuatkan aku geram sahaja untuk mencium dan mencium.
Erm di office aku perlu siapkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan semasa cuti hari itu. Bukan salah aku Sudah 2 kali hubby pergi ke office semasa aku bercuti semata-mata untuk mengambil reports yang bertingkat-tingkat itu. Tetapi masalahnya ada juga yang lewat menghantar. Kesudahannya ramailah yang hari-hari telefon bersms dengan aku merayu supaya aku menerima report mereka selepas itu. Mula-mula memang aku geram sangat. Ialah aku berkorban bekerja untuk mereka di waktu aku sedang berpantang. Tapi mereka boleh suka-suka sahaja hantar report selepas due date yang aku tetapkan. Kemudian aku fikir-fikir juga, kecian pula pada mereka. Akhirnya aku terima semua report itu tetapi aku hanya akan start menanda apabila aku masuk kerja iaitu hari ini.
Students sekarang ini sedang bercuti semester. Aman sikit keadaan di sekeliling dalam dan luar office. Kalau tidak punyalah ramai sana sini....muka students sahaja yang aku nampak. Yang paling aku bengang ialah kalau hendak ke toilet, terpaksa pula melalui mereka yang sedang berkumpul di meja-meja yang telah disediakan dikiri kanan. Memang tidak dinafikan student lah yang membuat company tempat aku bekerja ini dipenuhi orang..ramai. Tapi kan bila mereka bercuti sunyilah pula...memang nampak sangat 'dilanda garuda' di semua kawasan...terutama di kantin.
Nampaknya baik aku mula membuat kerja di samping 'bermesra' kembali dengan member-member office. Petang ini juga aku perlu menghantar markah pada unit exam. Harap-harap semuanya siap seperti yang dirancang.
Mari kita mula berkerja.....

2 comments:

maidatul said...

Selamat bekerja semula..;)

Ms Haslina said...

sama2...wendulah..esok kita chatting yea...hari ini ada keja nak buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails