Followers

Monday, March 29, 2010

Kurus ke tu???

Masih melayan menanda report sana sini atas meja. Insyallah boleh siap hari ini..rasanya lah. Sedang asyik gitu, member office bagitahu yang hari ini ada farewell lunch untuk one of the boss Dato' Wira. Ermmm makan free 1st day kerja. Alhamdulilah.
Antara pertanyaan pertama di office ialah -

'apa khabar?'
'baby saper jaga?'
'wahh da kurus gitu?
'baby sihat?'

Aku jawab mana ada kurusnya..gitu-gitu sahaja.Entah aku rasa badan aku kali ini lebih 'tembam' lagi compare masa habis berpantang Haziq dulu. Iya lah kan..anak sudah 2...biasalah tembam...hikhikhik.

Biasalah yang part perut itu memang lambat sikit hendak turun. Memangnya pun.

Lunch free hari ini ialah Nasi Dagang dan Nasi Kerabu juga kuih muih. Aku ambil nasi kerabu. Tapi tidaklah aku makan masa itu juga. Sebab baru jam 10 lebih masa itu. Pagi sangat hendak makan nasi. So aku makan kuih sahaja. sebelum keluar isi minyak tengahari tadi barulah aku makan. Memang sudah lama aku tidak mengisi minyak kereta sendiri. Semuanya hubby yang buat. Memandangkan minyak tinggal kurang satu bar, aku terpaksa juga ke pump minyak berdekatan dengan office.Terasa kejanggalannya...tapi buat-buat maintain sahaja...hahaha..

Sambung kerja semula....

Mohon bersama sedekahkan fatihah pada seorang boss di office aku, Puan Umi Kasom binti Mahmud yang telah meninggal dunia semalam kerana sakit kancer. Semoga rohnya di letakkan di kalangan orang-orang beriman dan diredhai ALLAH..amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails