Followers

Tuesday, December 29, 2009

Kerang Rebus Cina dan aneka masakan mudah by me.

Telur rebus - gambar hiasan
Sambal kerang.

Daging masak kicap.

Kastard Jagung

Kerang rebus masak cina.

Semenjak aku SIHAT ini, hari cuti baru-baru ini aktiviti aku dipenuhi dengan masak dan masak.
Hari sabtu aku membuat cadangan sendiri sendiri untuk masak nasi lemak buat makan tengahari. Tapi kelewatan memulakan masakan memaksa aku untuk meminta En Hendra masak nasi lemak. Pehhhhhhh sungguh LEMAK sekali...sedappppppp. Aku pula memasak DAGING MASAK KICAP request by En Hendra, merebus telur dan SAMBAL KERANG. Yang hendak di jadikan cerita, kerajinan aku hari itu ialah aku merebus kerang dan megopek nya sekali. Boleh gitu. Entahlah..teringin pula hendak membuat sambal kerang yang di masak sendiri. Hahahaha..but in the end combination lauk yang tidak seberapa itu sungguh yummy membuatkan aku makan nasi lemak berkali-kali hari itu.

Malam minggu itu juga aku terbangun semula dalam jam 11 pm lebih rasanya. Terus rasa macam segar sahaja. En Hendra masih belum tidur lagi cuma aku dan Haziq telah tidur awal malam itu. Fikir-fikir sebaiknya aku masak KASTAD JAGUNG yang aku kepingin hendak makan. Barang-barang semuanya telah di beli. So aku teruskan memasak. Bila part kastad telah kental, aku minta En Hendra yang tolong kacaukan..tidak larat aku.
Alhamdulilah kastad aku manis dan lembut. Nanti letak resepinya in the next post.

Hari ahadnya pula, aku masak lagi. Hehehehe. Kali ini aku habiskan semua kerang yang ada. Aku masak KERANG MASAK CINA dan SUP SAYUR CAMPUR.

Kerang masak cina
1.2 kg kerang
Bawang putih beberapa ulas di titek
Cili padi ikut tahap kepedasan sendiri dan di tumbuk.
Kicap masin
Kicap tiram
Air

Masukkan semua bahan dalam satu periuk.
Tutup periuk dan biarkan masak.

Sayur campur (3 orang makan)
Kobis
Sawi
Karot
Bawang putih
Kiub ayam
Garam
Telur sebiji
Air


4 comments:

Eliss said...

x pernah lagi masak kerang mcm tu.nak try la.tapi hubby mcm kurang suh beli kerang!

Ms Haslina said...

masak yg simple dan mudah je tu..biasalah orang muda kan...

;)

maidatul said...

vavava????? akak aku sorg nie sudah kembali selera makannya...syabas bete... ;)

Ms Haslina said...

alhamdulilah...syukur..
sudah dekat sebulan makan x tentu sebab asik muntah dan tidak sihat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails