Followers

Wednesday, November 18, 2009

Result MGTT testing.

Picture aku pada hari khamis lepas. Lupakan muka aku yang separuh itu. Sila fokus pada perut aku sahaja.

Alhamdulilah alhamdulilah syukur pada ALLAH.

Semalam petang aku check up lagi di klinik. Sesambil kena check perut, aku berdebar-debar hendak tengok result testing darah untuk kencing manis.

Aku berdoa semoga kandungan aku sihat. Macam-macam boleh jadi kalau ada kencing manis ini.

Tekanan darah aku ok, air kencing pun ok juga perlu ke terkejut kalau aku cakap berat aku tidak berubah setelah 2 minggu berlalu iaitu 66.7kg juga. So macam mana itu..kan. Padahal cara pemakanan aku kekal macam minggu-minggu lalu.

Lupa pula, keputusan MGTT aku dalam keadaan baik dan AKU BUKAN PESAKIT DIABETES di waktu hamil.

Lepas balik dari klinik, kami terus ke HOSPITAL AMPANG. Sahaja survey keadaan dalam hospital itu. Insyallah aku akan bersalin di hospital ini January nanti. Hospital ini memang dekat sangat dengan rumah aku. Tidak perlu ke jalan besar untuk ke hospital ini. Itu yang penting.
Ok lah keadaan dalam hospital. Tapi keadaan Doc nya aku tidak tahulah. Apa-apa pun yang penting semoga semuanya dipermudahkan ALLAH nanti..amin.


Free ticket vouchers untuk movie 2012. Ada 6 keping semuanya. Mungkin aku akan jual dalam 3 @ 4 keping rasanya. En Hendra yang dapat pada Ahad lalu. Sekarang ini aku tengah open sale di office sahaja.
Rezeki di tengah bulan..alhamdulilah.

3 comments:

Ina Hashim said...

alhamdulillah..semuanya clear...
ehem lin...keta baru ke?

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah ok2 jer..kalo kncg manis mmg problem kan..huhu..

Ms Haslina said...

kak ina ~ alhamdulilah...mana ada keta barunyer kak..itu keta kakak diopis...
:)

mamalieyna ~ a'ah..lega rasa di hati ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails