Followers

Thursday, October 30, 2008

mug RED 2 LOVES..

jari2 comel Haziq

aLhAmdulilah..Allah panjang kan umur En Hendra ke 31 tahun hari nie 30 oct 2008.
Selamat hari jadi sayangku, semoga ALLAH berikan kesihatan yg sihat dan murah kan lagi rezeki abang sentiasa amin ya rabil alamin.
Aku idaklah beli SPECIAL aper2 pun utk dia..cuma gubahan bunga bersama MUG merah ada 2 tanda CINTA aku pada suami tersayang
...sebab aku da penin nak fikir pasal hadiah di waktu yg sesingkat nie.
Pagi td aku pergi kerja dengan da siap2 bawa player pemotong tangkai bunga. Plan gelap aku ialah gubah bunga di office bila semua orang da balik. Bukan aper...malu weh..nak gubah2 bunga depan diaorang tu...aku ni bukan pro pun..amatur jea. Memandangkan baru petang semalam aku betul2 free dgn kerja di office aku cuba cari MUG yg ada tulis happy birthday. Ntah aku rasa aku x suka gubah bunga dalam bakul atau pasu biasa. Aku lebih suka guna bekas yg ada bentuk seperti MUG. Tapi rupanyer...payah betul cari MUG camtu. Yg ada satu jea aku jumpa...tp ya ampun...tak lawanyer. Peliknyer kedai2 cenderamata pun x jual MUG yg aku cari. KUCIWA betul aku hari rabu tu.
Lunch hour hari khamis...mmg aku tak sabar2 nak kuar dari opis. Aku nak pastikan projek gelap aku nie berjaya. Pusing punya pusing dalam warta bangi tu..last2 aku jumpa MUG merah yg boleh di katakan aku berkenan buat pengganti MUG happy birthday yg x de satu pun aku nampak.
Jam 5.45pm aku mulakan projek gelap aku nie di office. Yg kelakarnyer aku susun semua bunga yg aku ada utk compare sepadan dgn MUG merah tu di bawah meja. Punyalah tak nak orang nampak. Sesambil tu aku da start cutting tangkai bunga..tetiba aku dengar tapak kaki sorang officemate aku nie..mcm menuju kearah meja aku...kekelam kabut aku bangun dari bawah meja...buat2 susun menda atas meja. Ingatkan dia nak pi pantry..boleh pulak dia berenti kat tempat aku tanya naper tak balik lagi. Aku masa tu da cemas da...risao oooo...dia nie lain sikit..klu dia nampak bunga2 tu..aku conpem dia tanya itu ini. Aku pulak bukan aper...malas nak kecoh2. Tapi alhamdulilah dia tak nampak projek gelap aku..tp lah klu dia melangkah setapak lagi ke dalam tempat aku........ CONPEM..dia nampak nyer batang2 bunga bersusunan...heheheheheh.
Masa tu da dekat jam 6.10pm..semua orang da balik kecuali boss2 aku. So aku da free da nak gubah secara terbuka. Tp mmg menggigil tangan aku masa nak cucuk bunga..bkn aper, aku x leh balik lewat nanti En Hendra bising...lagipun dia da YM aku petang tu yg malam nanti nak pi makan sate. Surenyer aku x leh sampai lewat kat umah. Sebab tu dalam masa kurang 20 minit...jadi atau tidak mesti kena jadi jugak...aku gigil2 tangan...perlu cepat..perlu pantas...fikir susunan bunga dalam MUG tu.
Akhirnyer...alhamdulilah...aku rasa ok lah tu gubahan amatur cam aku nie khas utk suami CINTA aku. Pastu aku cuma letak bunga tu dalam kotak. Kotak bekas A4 PAPER..punya lah besar kotak tu. Aku senyum puas sepanjang driving balik kerumah.
Bila sampai rumah aku letak kotak tu atas meja. Lepas selesai Haziq makan...aku minta En Hendra buka kotak tu...dia leh senyum malu2 lea pulak. HHehhh En Hendra ingat aku lupa hari jadi dia..sebab aku senyap jea sepanjang hari..tak de citer aper pun. Tapi sebenarnyer aku ada PROJEK GELAP.
Lepas makan sate kat AWAN BESAR, ktorang lepak jap kat umah kakak aku di puchong. Bukan aper nak jumpa kan Haziq ngan cousin dia. Bagi diaorang hilangkan wendu2. Juga aku pi anta HUGGIES 3 beg utk anak buah aku tu. Huggies tu murah aku beli kat bangi..kakak aku minta belikan utk anak dia sekali...so aku beli 6 beg huggies masa tu. 3 beg tu Haziq nyer lah.
Sampai umah aku kemaskan meja komputer En Hendra dan letak kan MUG merah....so lovely.

contoh bunga2 sebelum di potong setangkai.

sila lihat perbezaan kedua2 gambar diatas..semua tu kerja Haziq.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails