Followers

Thursday, October 23, 2008

aku balik awal semalam tengahari..

Salam..pagi ni 1 jam journey aku dari pandan indah ke office. Sebab nyer hujan gerimis dan awan gelap pagi td, so bak kata DJ radio RMKL..hari ni jem sebab orang ramai drive kereta daripada naik motor sebelum nie..sebab tu jalan JEMMMM.
Pagi ni ada student presentation utk final project diploma. Lepas beli bekpas aku terus masuk bilik tuk presentation..so x sempat mamam. Emmmm..kejap lagi nie ada satu group student lagi under nama aku. Lepas tu baru makan lah.

Semalam dalam jam 11 lebih aku chatting ngan En Hendra. Dia masa tu baru lepas call abang arwah (in the picture above, ms tu dia belum memeluk agama islam lagi) utk tanya perkembangan pengkebumian arwah adik dia petang tu. En Hendra cakap abang arwah sebak jea masa bercakap dgn dia dari hospital. Aku tanya En Hendra,
"u nak pergi ke bang?"
"nak..tp x de kenderaan"
"klu u nak pergi, skrg ni i balik rumah. kt jumpa di rumah je lah"
Terus aku kemas2 kertas atas meja dan terus balik. Lepas tu ktorang terus pi Gombak utk lunch. Baper kali gak tersesat masa cari tanah perkuburan tu. Alhamdulilah sampai kat sana, mayat tgh di mandikan. Sedih aku tgk masa tu..cuma ada beberapa orang je kawan2 sekampung En Hendra, ada yg bukan islam sekali. Aku sempat tgk dari jauh semasa jenazah nak dikapankan...dapat aku lihat muka arwah buat kali terakhir...nangis aku masa tu...sedihhh. Masa jenazah di kapankan tu..family arwah di sabah call 3G supaya diaorang dapat tgk arwah bt kali terakhir...sedihhhh.
Masa solat jenazah pun hanya 5 orang je solat termasuk imam, abang arwah, En Hendra dan 2 orang lagi tu aku rasa orang dekat2 rumah diaorang kot. Aku dan Haziq mmg pergi sekali masa arwah di masukkan ke liang lahat. Aku niat kerana ALLAH...sedih tgk hanya baper2 org jea yg ada kan. Wlupun semalam petang tu mmg panas sungguh hingga semuanyer selesai dalam jam 3 lebih.
Alhamdulilah semua nyer Allah permudahkan utk arwah masa pengkebumian nyer. Semoga roh nyer ALLAH rahmati dan diampunkan dosa2 yg telah arwah lakukan..amin ya rabil alamin.

Sampai rumah petang tu semua orang kena mandi lah sebab baru balik dr kubur. Kami minum petang dirumah dgn roti bakar sapu majerin. Lepas tu semua orang 'pengsan' atas katil. Malam tu aku tanya En Hendra, " abang nak makan aper malam nie?"....tp dia sendiri pun x leh fikir nak makan aper. Mungkin dia masih teringat arwah masa dimandikn dan di kafankan. Aku tanya lagi "abang cakaplah nak makan aper...nanti i masakkan". Dalam jam 8 gitu, En Hendra minta aku masakan MAGGI GORENG. Aku ok jea...terus masakkan 3 bungkus maggi.
Konon2 nak sambung tanda2 kertas lah lepas Haziq tido..tp lepas tidokan Haziq..aku pun tido sekali...penatttttttttt.

3 comments:

:: Wiween :: said...

moga arwah tenang di sana kak. arwah nih mmg di kalangan org2 bertuah krn diberi hidayah oleh Allah kan :)

faridmw said...

salam... semoga arwah dicucuri rahmat keatas rohnya. dan dia dimasukkan kedalam golngan orang yang beriman dan beramal soleh..

Ms Haslina said...

amin ya rabil alamin...tima kasih atas doa2 kalian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails