Followers

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 - editeditedit

Kepada semua sahabat2 di dunia BLOGGER ini, myself nak ucapkan seperti yg tertera di kad di atas. Semoga hari raya kali ini lebih bermakna buat semua orang..insyallah.

Hari sabtu ni aku n family akan bertolak pulang ke kuala pilah dan kami akan berada di sana until sabtu next week nyer..insyallah. Memang kami tidak pulang beraya di Tawau..KENAPA ek?...Sebab nyer adik beradik En Hendra da cukup ramai (8 orang semuanyer) utk berhari raya bersama EMAK mentua tercinta ku disana. Aku pasti emak disana tidak akan terasa sangat klu kami tidak pulang ketawau. Sedangkan bila di kg aku pulak...cuma ada aku, abang ngah dan adik. Dan kakak aku pulak berhari raya di rumah mentua nyer pada kali ini. Abang ngah sekeluarga pula berhari raya di rumah mentua juga..cuma pada hari raya nanti abang ngah akan datang berhari raya di rumah. Adik aku tu pulak...biasalah budak lelaki, selalu kena cuti lambat dari office JPJ putrjaya sebab dia orang bujang. Lagi 2 orang adik beradik lelaki aku mungkin tidak bercuti di hari raya nanti.
So lihatlah..dan fahami lah. Klu aku juga pulang ke Tawau...SAPER NAK BANTU EMAK DAN ABAH AKU YG DA BERUMUR 65 DAN 69 MEMBUAT PERSIAPAN HARI RAYA. aaaahhh...aku tidak tergamak langsung membiar parent aku sendirian. Memang dari bujang until now aku lebih banyak berada dirumah bersama emak dan abah membuat persiapan hari raya.SYUKUR PADA ALLAH KERNA SUAMI TERSAYANG EN HENDRA AMAT MEMAHAMI KEADAAN AKU TU..TERIMA KASIH SAYANG KU. DAN SEMENJAK KAMI PERTAMA KALI BERAYA BERSAMA PADA TAHUN LEPAS, AKTIVITI MEMBAKAR LEMANG KEMBALI DI JALANKAN DIRUMAH KG. EN HENDRA DAN AKU BERSAMA MEMBAKAR LEMANG. KLU TIDAK MMG DA LAMA ABAH TIDAK MEMBAKAR LEMANG. IALAH ABAH DA TUA. SYOK SUNGGUH DAPAT MAKAN LEMANG YG DIBAKAR SENDIRI.

Bg akulah pulang berhari raya bagi pasangan suami isteri, sebaiknyer kita dahulukan yg memerlukan. Itu yg aku sempat tgk kat wanita hari ini tengahari td. Bila pelakon NADIA MUSTAPA yg da kali kedua berhari raya dirumah mentua nyer memberi alasan kenapa dia tidak berhari raya di rumah emak nyer sendiri. Ini adalah kerana ayah mentua nyer telah meninggal dunia dan 2 adik beradik suami nyer pulak berada di luar negara. So dia sepakat bersama suami utk berhari raya hingga tahun ketiga di rumah mentua sehingga adik beradik suami nyer pulang ketanah air. Beruntung emak mentua dia kerana dapat masih dapat beraya bersama menantu yg cukup memahami.

7 comments:

Ina Hashim said...

fuhhh bestnya bakar lemang sendiri..akak tak penah tgk org bakar lemang secara 'live'

Ms Haslina said...

heheh...iyea kea kak..kat umah kg mmg da biasa kemestian membakar lemang..lama da tergendala aktiviti melemang ni..dan alhamdulilah since tahun lepas da ada orang tu tolong bakar lemang...

fazid said...

wah...balik pilah nak baka lomang yo... kono pulak makan tang yang kerak2 tu....syiok....

Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yo.... Maaf Zahir dan Batin

faridmw said...

salam ziarah... selamat hari raya aidilfitri... semoga bergembira selalu.. semoga terukir senyuman dihari lebaran nanti... ;) lama tak makan lemang.. sedap tu..

:: Wiween :: said...

akak! windu mau jenguk sini! cmt ari raye kak. ween baru pos kad raye tuk akak tadik. tunggu tau! *hugs*

Ms Haslina said...

me, myself, cici and titi ~ wah awak suka makan lemang yg bahagian kerak ek..sama ngan abah sayalah gitu..saya suka yg tak de kerak..selamat hari raya juga dan maaf zahir batin dr kami sekeluarga.

faridmw ~ selamat datang ke blog saya. le naper lama da x makan lemang?

ween ~ alhamdulilah kad ween akak baru baca semalam lepas balik dr kg..tunggu2 masa lom balik kg hari tu..x sampai pun...heheh

anony ~ baru sat td cakap tipon ngan MAK MERTUA tersayang...hehe...
aduh...klu org n9 baca statement tu mau diIxx nyer awak...saya ni lahir dimelaka, emak pulak org singapura, hanya abah saja lahir din9..arwah nenek dan datuk pun bkn lahir din9. so agaknyer org n9 ke saya nie?..heheheheh..

Ms Haslina said...

anony ~ ish ish..biarlah awak nak cakap aper2 pun.saya ok jea.lagipun hal family buat aper nak citer kat orang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails